Monday, May 17, 2010

8 Hak - Hak Pengguna.





Video sumber dari pencarian Hak-Hak Pengguna, di Youtube.com. Isu yang dibentangkan dalam video ini adalah mengenai cetak rompak dan masalah yang akan dihadapi sekiranya terlibat dengan pembelian atau pengedaran CD dan DVD cetak rompak. Disini, saya akan cuba menghuraikan serba sedikit mengenai isu Hak-Hak Pengguna yang perlu diketahui oleh seorang pengguna yang bijak.




Seperti yang telah kita lihat di dalam animasi di atas, terdapat 8 Hak Pengguna yang perlu diketahui oleh seorang pengguna yang bijak dan bertanggungjawab

1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas.
Dipetik dari laman web, www.wikipedia.com
  • Hak untuk mendapat keperluan asas dan perkhidmatan yang penting dan sangat diperlukan dalam kehidupan harian.
Manakala sumber daripada laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
  • Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya.
Ini bermaksud, hak untuk mendapatkan keperluan asas merupakan suatu perkara asas dalam kehidupan manusia. Ini merupakan perkara rutin dan menjadi asas dalam kehidpupan.

2. Hak untuk mendapat keselamatan :
Dipetik dari laman web, www.smartconsumer.my
  • Hak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna.
Dipetik dari laman web, www.wikipedia.com
  • Keselamatan Pengguna - merujuk kepada keselamatan pengguna dalam mendapat sesuatu barangan atau perkhidmatan.


  • Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

3. Hak untuk mendapatkan maklumat.
Dipetik dari laman web, www.wikipedia.com
  • Hak untuk mendapat maklumat yang jelas dan lengkap tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Manakala sumber daripada laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
  • Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
4. Hak untuk membuat pilihan.

Manakala sumber daripada laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
  • Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
Sebagai seorang pengguna, kita bebas untuk memilih pelbagai jenis barangan yang diperlukan. Pengguna bijak akan memikirkan tentang penggunaan barangan tersebut, samada untuk jangkamasa panjang, atau hanya sementara sahaja. Seperti contoh, penggunaan mesin basuh, pengguna akan menggunakannya seharian, tetapi, terdapat banyak jenama yang terdapat dipasaran, samada yang berkualiti tetapi harga yang tinggi, atau tidak berkualiti dengan harga yang murah. Kesannya sangat berbeza untuk penggunaan masa yang panjang atau yang singkat sahaja.



5. Hak untuk mendapat gantirugi.
Manakala sumber daripada laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
  • Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
  • Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

6.Hak untuk menyuarakan pendapat
Dipetik dari laman web, www.wikipedia.com
  • Hak untuk memberi pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu-isu yang berkaitan dengan minat pengguna.
Manakala sumber daripada laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.
  • Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan
Sebagai seorang pengguna, kita mempunyai hak untuk bersuara, menyatakan ketidakpuasan hati mengenai sesuatu produk yang telah dibeli, samada dengan harga yang mahal atau tidak. Hak ini juga sebenarnya mampu menjadi salah satu faktor untuk sesebuah syarikat pengeluaran produk untuk menambahbaikkan produk pengeluarannya bagi menjamin mutu dan kepuasan hati pelanggan. Bertepatan dengan slogan Hari Pengguna 2010 " Wang Kita Hak Kita ".




7.Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan.
Dipetik dari laman web, www.wikipedia.com
  • Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan yang membolehkan seseorang untuk menjadi pengguna yang bijak.
  • Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8. Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat.
Dipetik dari laman web, www.wikipedia.com
  • Hak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih yang membolehkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna dilindungi.
Manakala sumber daripada laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.
  • Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.





1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
    Welcome to the Harrah's Cherokee 군산 출장샵 Casino & Hotel. An easy drive from the Great Smoky 부산광역 출장마사지 Mountains of Western North 김제 출장안마 Carolina, this casino hotel is 성남 출장마사지 just 경산 출장안마 a short drive from

    ReplyDelete