Saturday, May 15, 2010

Pengguna.

Pengguna merupakan seseorang yang menggunakan barang, perkhidmatan dan sumber semulajadi untuk mendapatkan kepuasan diri. Maka semenjak kita dilahirkan didunia ini, kita telah menjadi pengguna. Persoalannya, adakah kita mampu menjadi pengguna yang bijak dan berhemah ? Dan, adakah kita mengetahui hak kita sebagai seorang pengguna ?

Hak-hak dan perlindungan pengguna perlulah dilihat secara menyeluruh iaitu yang meliputi dasar yang menjadi amalan pernerintah berhubung dengan kepenggunaan. Undang-undang yang digubal dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan pengguna. Tanpa adanya keempat-empat unsur utama tersebut maka matlamat melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna sukar dicapai. Hubungan antara tiap-tiap unsur berkenaan kepada pengguna dapat dilihat dengan mudah dalarn model perlindungan pengguna seperti berikut:

Dengan kata lain, walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara automatik. Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu dan mungkin juga tidak mengambil tahu mengenai hak-hak mereka. Pengguna harus diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi mendapatkan hak-hak mereka. Pada kebiasaannya pengguna itu tidak akan mendapat haknya melainkan :-
(a) Mengetahui apakah hak-haknya;
(b) Menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya;
(C) Memainkan tanggungjawab dan peranan mereka dan berusaha mendapatkan hak-hak tersebut


Dalam sistem pasaran yang semakin kompleks, pengguna terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu dalaman dan antarabangsa. Isu-isu ini termasuk peningkatan harga makanan, kualiti barang yang rendah pengangkutan awam, kesihatan awam, penipuan dalam pasaran dan caj berlebihan yang dikenakan oleh bank. Untuk menangani isu-isu ini, pengguna harus sedar tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka
agar mereka dapat melindungi kepentingan mereka. Maka, pendidikan
pengguna adalah kritikal untuk membolehkan pengguna melindung
diri mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment