Monday, May 17, 2010

Apa Itu Pengguna ?

Pengguna adalah mereka yang menggunakan barang-barang, tidak kira samada yang didapati secara percuma atau dibeli. Secara sedar atau tidak, sejak hari pertama kita dilahirkan, kita telah menjadi pengguna, oleh itu, kesedaran mengenai hak pengguna hendaklah diterapkan sejak dari kecil lagi, bak kata pepatah, “Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebungnya”.

Sejak kanak-kanak lagi seharusnya telah didedahkan dengan pelbagai jati diri pengguna seperti pengetahuan tentang alam sekitar, pembelian yang betul, hak-hak pengguna, isu-isu kepenggunaan dan cara mengatasi masalah pengguna. Maklumat-maklumat kepenggunaan seharusnya didedahkan diperingkat kanak-kanak dalam bentuk animasi untuk menarik minat mereka. Langkah memperkenalkan subjek Pendidikan Pengguna di peringkat sekolah rendah merupakan satu langkah bijak bagi menerapkan kepenggunaan yang sihat didalam masyarakat dan ianya bertepatan dengan Pepatah Melayu yang berbunyi “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Sewaktu perasmian Hari Pengguna Kebangsaan, animasi perasmian yang menggambarkan watak Dato’ Shahrir Samad memberi nasihat kepada kanak-kanak tentang kepenggunaan yang sebenar haruslah dijadikan iklan di TV agar kanak-kanak dan orang dewasa terkesan dengan Pendidikan Pengguna yang betul.


Kesedaran masyarakat terhadap Hak Pengguna pada masa kini adalah ditahap kritikal dan ianya sangat membimbangkan. Masyarakat seharusnya mengerti dan memberi perhatian kepada apa yang dimaksudkan dengan Pendidikan Pengguna secara sempurna. Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, khususnya golongan dewasa, berapakah hak pengguna, pasti ramai yang tidak mengetahui dan menggeleng kepala. Golongan yang berpendidikan tinggi yang berada di IPT juga belum tentu mampu menjawab berapakah hak pengguna yang perlu diketahui sebagai seorang pengguna. Oleh itu, pelbagai cara telah digunakan bagi menyalur dan meluaskan Pendidikan Pengguna, seperti Television, Radio, akhbar, blog dan internet. Tetapi tahap kesedaran masyarakat tetap berada ditahap yang membimbangkan kerana ramai yang tidak mengambil endah mengenai perkara ini.

Masalah mula timbul apabila masyarakat tidak mementingkan keselamatan produk, boros dan berhutang. Ianya menjadi lebih parah lagi apabila melihat gelagat pengguna yang mudah ditipu dengan jualan langsung, membeli barangan tiruan sedangkan pengguna tersebut sedar ianya adalah barangan tiruan dan mendatangkan mudarat keatas diri pengguna itu sendiri. Keadaan juga menjadi semakin teruk apabila pengguna membeli barangan yang rosak, tidak sesuai digunakan dan tidak selesa dengan udara alam sekitar.

Perkara ini hakikatnya mampu diatasi sekiranya masyarakat mulai sedar mengenai kepentingan Pengetahuan Pengguna dan hak-hak sebagai seorang pengguna. Masyarakat juga perlu menyokong usaha pihak-pihak yang memberi kesedaran mengenai hak-hak pengguna, terutamanya pelajar IPT, memetik pendapat dan pandangan daripada Muhammad Na’im bin Samsuldin daripada Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya menyatakan subjek Pendidikan Pengguna seharusnya diterapkan dalam silibus pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Tambahan daripada itu Zullfahami bin Hussain pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya mencadangkan pembelajaran Pendidikan Pengguna seharusnya berpanjangan sehingga ke peringkat IPT supaya lebih efisyen dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, kesedaran harus diberikan bermula dari peringkat awal lagi, iaitu kanak-kanak dan pengetahuan ini haruslah juga diterapkan serta menjadi panduan untuk ibu bapa dan semua pihak. Bertepatan dengan slogan “ Wang Kita Hak Kita “ pengguna seharusnya lebih bijak menilai dan memilih barangan yang perlu dan berpatutan dengan harga yang dibayar.


No comments:

Post a Comment